Tuesday, September 15, 2015

Masalah dua jiwa


Assalamualaikum

Ini kisah seorang wanita juga aku yakin berlaku pada orang lain. Tatkala para remaja diluar sana bersuka ria memikirkan seorang yang lain jantina dengan mereka. Begitu juga si wanita ini. Pernah disakiti dan dipermainkan oleh seorang lelaki itu mungkin perkara yang biasa. Tetapi siapa tahu orang yang merasai itu nampak cool tapi ingatan yang dilakukan kepada mereka itu mereka anggap sesuatu yang amat menyakitkan. Itu juga pernah berlaku pada wanita ini.

Namun, kesakitan ini tidak lama. Allah mengurniakan seorang lelaki yang sangat menyayanginya. Sentiasa berusaha untuk menggembirakannya. MashaAllah. Sungguh beruntung wanita ini. Orang kata.. kalau dah jumpa yang terbaik jangan lepaskan dia. Itu lah yang dilakukan oleh wanita ini. Tapi sayang.. lelaki itu bukan halal untuknya. 

"Lelaki andai belum mampu memberi kepastian, jangan sesekali memberi harapan. Dan perempuan, andai belum menerima kepastian, jangan sesekali menyimpan harapan. Belajar mencintai dengan bijaksana. Sesuatu yang sering dilupakan oleh banyak manusia. Tidak gelabah dan terburu-buru, tidak terlalu menampilkan isi hati, pandai menyiasati perasaan, berhati-hati dalam berucap dan pandai mengatur logika."

Buat awak, Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajarlah untuk memperlakukan cinta kita kepada orang lain secara terhormat. 

 Sungguh,

Bukan mudah untuk saya ambil keputusan ini. Ada kalanya perasaan ini datang kembali. bila rasa dah okay. tak lama tu rasa hati tidak okay. hati ini rasa seperti mahukan perhatian dari awak. Namun, adakalanya saya berjaya abaikan perasaan itu. 

Dugaan hati ini juga perlukan kekuatan. Maka, bantulah aku. 

klu da bace..jgn lupa komen tau..

0 comment:

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol